Friday 24 May 2013

"maaf,..saya terlalu cemburu !!!"

Utk sekian kalinya,..
blog~blog~blog

Di sinilah aku mencoretkan segala apa yg aku rasakan. Setelah sekian lama membiarkan blog aku ni kosong,rasa mcm nk tambah smthing yg best...tp ape yekk???

Aku x pandailah nk membuat ayat,atau pun something yg lain drpd yg lain. Aku cuma blh buat supaya blog aku ni nmpak kemas & tersusun...tu jekk...

Sebelum ni td,sempat jugaklah aku jenguk BLOG SEORANG HAMBA ALLAH tu...hmm...nice :)
keep it up,DEAR !!!

Adlh satu ruangan blog dia tu yg membuat aku sayu ckit. "SELAMAT berhari-HARI IBU"...yee..btul apa yg dia tulis tu..T_T" kasih ibu...hari-hari~~

Seronoknya bila ada fmly mcm dia...saling menjaga satu sama lain...hidup sehari-hari mereka penuh dgn nasihat...senang cter mereka ni KAYA DENGAN NASIHAT lahh :) hihi...

Kalaulah............................mmm... -__-"

**MAAF,saya cemburu dgn kamu -->SAHABAT<--.....

kdg2 aku cemburukn kasih sayang yg kau dpt drpd insan yg kau syg,
kdg2 aku cemburukn kemesraan yg terbina di antara kamu,
kdg2 aku ingin merasakan bagaimanakah agaknya rasa bila berada dlm golonganmu,
kdg2 aku ingin merampas kemesraan yg telah kau rasa selama ini....

adakah aku mampu memiliki apa yg kau ada???
adakah aku mampu mempunyai kasih-sayang dan kemesraan tu???

salahkah aku yg ingin mendamba kasih syg seperti kamu?
salahkah aku apabila mencemburui dirimu?

andai kamu izinkan,..
izinkan aku memeluk ibumu spt mana aku memeluk ibuku,
izinkan aku meminta2 sesuatu drpd ayahmu spt mana aku mahu meminta sesuatu drpd ayahku,
izinkan aku menjadikan saudara kandungmu menjadi saudaraku spt mana hubungan aku dgn saudara kandungku...

T_T  semua ni kerana CEMBURU...maaf,..sy terlalu cemburu...

Thursday 16 May 2013

" Cermin Mata Ibu "


"cermin mata"


Nampak x cermin mata yang aku pakai tu??? tu la cermin mata my late mother... :)

Tengah kemas2 bilik ibu,terjumpa lakk cermin mata ni. Berposing laa plak,..kerja mengemas bilik tu trus tergendala buat sementara waktu...


First time mengenakan cermin mata. Macam ni rupanye muka aku...mcm muka budak perempuan --> NERD !!!
huhu :P 

Terubat rindu bila tgk dan mengingatkn kembali zaman dahulu kala. Teman dan pilihkn cermin mata utk ibu..tp bukn cermin mata yg aku pakai skrg ni,..ni cermin mata lain yg dia pilih sendiri. Cermin mata yg kami sama2 pilih tu da rosak rasanya...ibu pakai cermin mata ni wktu dia nk menjahit pakai jekk. Jarang dia hantar baju or seluar utk dibaiki ke kedai...selalunya dia buat sendri... <3

Dan kadang2 dia pakai wktu nk tumbuk cili kat dapur...huhuhuhuhu :D

Apa2 pun,ibu...Hanim x putus2 mendoakan kesejahteraan buat ibu di sana. Kalau ibu ada dtg jenguk Hanim,..ciumlah pp anim..rindu sgt kat ibu.. T_T  <-- selalu berangan dia dtg menziarahi kami semua.... :'(

<3 Al-Fatihah <3




Thursday 17 January 2013

" maruah "

kalau nk ckp soal maruah ni,semua org ade maruah.
tp nk buat macam mna,ada juga segelintir manusia yg x reti nk hormat maruah org lain.

***

"16 Jan 2013/1:27:04 am
ade someone anta msg kat aku supaya jgn ggu laki dia.
n skli lg dia dpt tahu sy ggu laki dia tu,dia nk mengapa-apakn aku...

...
#setahu aku,aku x pernah berkawan dgn laki org.Dan aku x pernah nk merampas suami org,...sila jgn tuduh sy melulu. sy blh bt laporan atas ugutan awk yg x tntu arah tu ye..
sy ade maruah!!!#

hilang mood nk tidur,bila kol x jwb...ade gak kne sumbat dlm gol satgi -__-
"

***

x cukup dgn tu,dia menuduhII aku meraih simpati drpd lelaki tu.
aku x pernah hidup atas simpati org,tp aku x tahu la sesiapa yg pernah membantu aku tu atas dasar simpati ke ape...yg penting,aku cuma ckp smthing yg aku sendri lalui.
BAGI PIHAK AKU,KAU YG SENGAJA ANIAYA AKU.
BG PIHAK KAU MGKIN AKU NI YG ANIAYA KAU.
tp sikit pun aku x terdetik utk meraih simpati sesapa.

***

aku terkilan dgn perangai org yg mcm ni.
dan kalau semua nak tahu,si pemberi msg tu sbnrnya kawan aku sendri.
lelaki yg dia maksudkn tu juga,merangkap kawan aku.
hubungan m,ereka sekadar BF dan GF.
aku x pernah nak menganggu mana2 pihak.
tp lelaki tu yg ambil berat ttg aku.
bertnyakan ttg masalh kami.
aku pun cerita perkara yg aku lalui..
mgkin ade silap aku dah buat sampai mereka terlalu marah pada aku.
tiada niat utk memburukkn sesiapa...T_T

***

aku x menyalahkan sesiapa.
mgkin benar aku yg salah.

***
aku dah lama lupakan semua perkara yg terjadi antara kita semua,
tp kenapa tibaII muncul lg KAU dlm hidup aku?
yang sudah tu sudah la...

***
aku hrp,lepas ni jgnlah kita berjumpa lg,..kalau fikirIIkn pun
aku ni dah x lyk jd kwn kau.
aku mohon maaf atas kekasaran aku pada kau tempoh hr..
tp aku nk kau belajar hormat maruah org lain walaupun maruah sendiri x blh nk jg.

"i would rather be alone with DIGNITY than IN A RELATIONSHIP that requires me to sacrifice MY SELF RESPECT"

belajarlah sesuatu drpd kesilapan,
jgn dibawa kesilapan tu terus ke masa hadapan.
jgn jd manusia yg rugi...khas utk diri aku sendiri & kau yg bernama KAWAN.

Wasalam.

Friday 11 January 2013

" Pohon rimbun... "

KawanII aku sumer dah balik...
Aku pulak tersadai kat sini lg seminggu,.baru blh balik KL. Apalah salahnya izinkn je aku balik ke KL...
Blh la aku stdy...LJM da makin hmpir.

***

T_T nangis je kje aku..tu je yg aku mampu..
sampai org kata aku ni da x siuman...
BUT,DO I CARE???
bila korg kehilangan apa yg korg syg,korg tau la rasanya mcm mna kn...xpeII...-__-
sbnrnya aku pun dah rasa down nk teruskn semua ni...
AKU BETUL2 DAH MLS NK FIKIR !!!

***

Setelah habis tempoh masa semiggu aku bertapa kat JOHOR ni,
barulah ak blh balik ke KL.
Syukur,praktikal aku kat Hospital Sultan Ismail ni berjln dgn baik.
Walaupun aku sorgII...huhu...rasa diri mcm da betulII kje..so,ade la pengalaman yg aku dpt...
aku jek yg "special" sgt smpai kne tangguh seminggu duk kat hospital ni.
Sampai patient kat spital ni bosan tgk mke aku...kurenggg..

***

Sampai KL ptg Khamis...aku da x sempat nak balik kg.
Esok Raya Haji,..hmm...biarlah..lgpun aku penat.x larat nk terkejarII ke sana sini.,

***

Pagi tu sayupII dgr org bertakbir raya...aku pulak still kat katil menyelimutkn diri.
Sedih ade,mls pun ade nk bgun...
Uwarghhhhh !!!
Aku kuatkn diri utk bgun...kemas beg pakaian,..siapII g mandi ape sumer...

***

Aku ni ikut suke ht jek nak balik kg pgII raya ni...ntah ade bas ke tdk..tp peduli hape aku...hehe...
Tp aku tggu teksi pg tu ade la dekat sejam lebih,.mcm hape jek...ni aku nak nangis ni..!!!
Aku x kire,aku nk balik jugak...
Lastly,ade jugak pak cik teksi ni amik aku..huhu..

***

Lega,sampai jugak aku ke rumah..tp aku rasa lain sgt...
Macam nk patah balik ke KL.
Sedih la plak...ase mcm x mo je balik umah...
Hmm...tgk siap ade khemah lg depan rumah ni,nk bt ape la ni???

***

Owh,..aku lupe ade kenduri cukur jambul anak kakak aku tu..hee...sorry la..ak mmg blurr sgt2 time ni..
Ape yg best sgt --> makanan byk <-- so,aku ape lg,hentam je la sumer..huhu...

***

Selepas tu,aku dgn anak buah aku pergi ziarah kubur ibu.
Kedudukan pusara ibu betulII di bwh pohon pokok yg rimbun..
Duduk bersimpuh di atas surat khbr,kemudian kami bacakan Yasin...

"Ibu,..anim akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu di sana. Semoga roh ibu di tempatkn dlm kalangn orgII yg bertaqwa..."

***

Hmm,..duduk kat rumah ni rasa sunyi je..kdgII terlihat kelibat dia kat dapur. Tp xde..smua tu cuma mainan perasaan...

***

<x mampu nak teruskn lg...knp aku ni lemah sgt???..heyy eye,.stop crying !!!>


" Diploma Kejururawatan "


" GROUP 6B "

Yang pakai baju hitam tu MISS TAN PEI CHIN ( Lecturer's Incharge ) bg group 6.
Inilah kawanII aku waktu study dulu. :)


Ada 2 org warga Nigeria : Michael & Jude
hmm...kdgII mereka ni sgt menjengkelkn...sabor je la -__-
Penah jugak la ak bertgkar dgn si Michael tu,sbb dia sengaja menghalang jln aku.
Pastu plak kerusi yg aku tolak kena kat dia,terus mengamuk dia. Dia nak tampar aku,tp x de la kne cume kepala aku je la terhantuk kat dinding...mmg geram giler aku dgn dia tu..ishh !!!




Ni pic waktu kami pergi melawat ke kilang roti Gardenia...:)
**subject Safety in Healthcare.
dtg untuk makan jek..haha :D



Yang ni pulak pic kami di Hospital Serdang,Selangor.
..' post-mortem'..



"Luqman Al-Hakim"



"Info Islam..."
Latar belakang LUQMAN AL-HAKIM ::

Luqman Al-Hakim ialah seorang hamba yg bekerja sbg tukang kayu. Beliau dikurniakan Allah SWT kecerdasan akal dan kebijaksaan. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa beliau hidup pada zaman Nabi Daud AS. Beliau digelar 'Al-Hakim' kerana kataII hikmat beliau dan kisahnya yang menjadi pengajaran kepada umat manusia.

  • seorang yg soleh dan bertaqwa.
  • nama tercatat di dalam al-Quran.
  • seorg yg perihatin :
    - mendidik anaknya supaya hidup berlandaskn syariat Allah SWT.



    **Antara nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya ;

    1. Wahai anakku, bergaullah dengan orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hati mu dan dengarkanlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami hujan.

    2. Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan sebuah kapal yang belayar di lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, maka belayarlah dengan kapal yang bernama ‘taqwa’, isinya ialah ‘iman‘ dan layarnya adalah ‘tawakkal kepada Allah’.

    3. Wahai anakku, jika kamu mempunyai dua undangan majlis, iaitu majlis takziah kematian atau majlis perkahwinan, maka utamakanlah majlis kematian, kerana ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada keseronokan duniawi sahaja.

    4. Wahai anakku, janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis janganlah terus meludah sahaja apa yang kamu rasa pahit, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kelemahan.

    5. Wahai anakku, janganlah kamu makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.


    SELAMAT BERAMAL :)

"Doa apabila melihat bayi..."




"Mirip arwah ibu..."

Amsyar ^,^
Nama : Muhammad Amsyar Firdaus B. Shahrizan
**muka baby ni masa dia tidur,saling x tumpah mcm muka arwah wan dia...tomel !!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Inni u’izuka bikalimatillahit tammati min kulli syaitanin wa hammatin wa min kulli a’inin lammatin.
Ertinya: “Aku berlindung untuk anak ini dengan kalimat Allah Yang sempurna dari segala gangguan binatang serta gangguan sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk bagi apa yang dilihatnya.”

"suatu ketika..."


"zaman kanakII ribena..."

TADIKA ::
masuk tadika umur 5 & 6 tahun kje aku duk menari je...
cikgu ajar aku menari,dibawaknye kesana sini,...
sibuk bt show..ahahaaaa....
cikgu sampai dtg umah mintak izin kat mak ayah coz nk bwk aku g bt show,..rindu gler kat cikgu tadika dulu...
g pertandingn melukis,mewarna....

SEKOLAH RENDAH ::
time ni aku da sibuk bercita2,..nk jg lawyer la,..ape la..hape pon x blh...
aktif lg menari,..bt show tiap kali anugerah kecemerlangn...huhu...
tambah lg satu time ni la jugak ak sibuk ikut camping,..
mmg x lekat rumah....
pas tu aku kua rehat ikut suka hati aku jekk...
selalu kne pggil ngn cikgu drpd jauh lg...lari nyorok dlm toilet...
cikgu tu cikgu lelaki,dia x blh masuk tandas perempuan..ahaaa.... :)

SEKOLAH MENENGAH ::
nak menari,tp da start malu....
apalagi,...aku bertukar arah masuk kelab seni visual,dpt pulak jwtn pengerusi...
kerja aku melukis,abis dinding sekolah ak conteng...kdg2 cikgu x suruh,..ak bt jgak..hahaaaa....
aku masuk pertandingn bina landskap wktu dlm pasukan pandu puteri,... :)
pastu pengalaman yg lg2 x blh lupa...ajar junior pandu ptri berkawad,tp salah...aku bt dekk jekkk...bia dorg..sbb ak ajar jek..x masuk..ahahaaa.....
berpidato dlm kelas,berbahas....bestnyeeee...
paling best time ponteng kelas aku meronda satu sekolah,...ahahaaaaa.......
dgn beraninya ak lalu2 dpn opis...lalu jek dpn bilik kaunselor,kne pggil trus kne kaunseling...hehehe... :)

PLKN (KEM ETNOBOTANI,GUA MUSANG,KLATE) ::
sejujurnya ak xnk g kem PLKN..
tp nk bt mcm mna...bertindak sajelah mngikut arahan..huhu..
mcm bese,aku bt hal aku sendiri ler..
sbb ak x pndai nk bergaul dgn budakII sana..
ak x fhm ape dorg ckp...
loghat klate dorg pekat masa tu..
aku ckp la kat dorg,
kalo korg ngumpat aku pon ak x tahu ni..
ahaha...ape yg dorg ckp kebykknnya ak iyekn sajeee...huhu
tp jgn sgka ak x bt kes tau...
ade je perkara yg aku bt..
kalo nak tahu,aku x berendam pun dlm air tasik tu..
ak nyorok..huhu..jurulatih tu x tahu pun..aku bt mke x bersalah jek..
haha..kesian budak2 lain..tu la..ikut sgt berendam dlm tasik tu...
xnk aku..aku sorg jek yg x basah time tu...
mmg berani mati la kn..jurulatih tu mmg nk tgk kami sumer berendam dlm tasik tu..hihi..
yeesssss..aku terlepas..
pas tu,
hmm...kejayaan yg group aku raih,
kami juara mlm persembahan,kami juara pertandingn kawad,..
dan yg x blh bla...aku kne latih dorg2 tu utk bt persembahan mlm last kami kat sana.
aku ni jnis blurr + malu
ahaha...aku bt sekadar termampu..
tp x sgka,ramai yg nak ikut apa yg aku ajarkn kat dorg...
kalo blh aku nk bt tarian zapin,tp aku segan sgt dgn dorg..nnt dorg tgk ak terloncatII
kat pentas tu...lain pulak rasa..
tau2 je la kan tarian zapin ni mcm mna..
yg nak join tu pon alahai comelI blako..
lelaki pon ade..hihi..
so,ak bt tarian yg ak reka sendiri..
<fuhh...seb bek lepasss...tp ramai gak tny,apa nama tarian tu..senang sgt nk ikut....blh ajar x?smpaikn budak group lain pun nk join group aku..ahaha..aku bengongII,ak jwb "X PASTI LAA"..ahaha...
maaf kwn2...tp kite plg comel taw..luv u all <3

....kenangan....

Thursday 10 January 2013

" Keluarga..."


"Keluarga tersayang..."

Aku mempunyai 12 org adik beradik sebenarnya. Akan tetapi,arwah abgku telah meninggal selepas sejam dilahirkan <mengikut cerita yg arwah ibu ceritakan>. Kini tggllah kami 11 beradik sehingga sekarang. Adik beradikku terdiri daripada 7 org kakak,2 org abg dan seorg adik perempuan. Jika dlm lingkungn 12 org adik beradik,aku merupakan anak yg ke-11. Jika dlm lingkungan 11 org adik beradik,aku menjadi anak yg ke-10 dlm keluarga.

Anak buah aku da brapa org pun ak x tahu dah la...
tiapII tahun kne buat bancian...hihi.. :P


Kaklong = 1 org anak (perempuan)
Kakngah = 6 org anak (2 prmpuan,4 lelaki)
Kaklang = 5 org anak kandung + 1 org anak tiri = 6 org anak (1 prmpuan,selebihnya lelaki)
Kak andak = 5 org anak (3 prmpuan,2 lelaki)
Kakteh = 7 org anak (semuanya hero...huhu ^,^" )
Kak tam = 5 org anak (3 prmpuan,2 lelaki)
Kak cu = 2 org ank (kembar sepasang **lelaki & perempuan)
Din = 2 org anak (keduanya perempuan)
Jam (Mohd Nizam) = single lg :)
<aku> = single lg :)
Ija (Nur Shaniza) = single lg :)

Total terkini @11 Januari 2013(Jumaat) = 33 org anak buah aku,tdk termasuk *1 org anak tiri

Ibu/Mak
Nama : Jamilah Bt. Mohd Nor
Umur sewaktu meninggal dunia : 61 thn
Tarikh lahir : 31 Ogos 1951
Tarikh kematian : 11 September 2012
Sebab kematian : Thromboembolic stroke with AF and CRHD
**rupanya ibu menghidap penyakit jantung dan tekanan drh tggi...di samping tu juga,ibu ada mslh kesihatan yg lain iaitu peparu berair (hydrothorax).

**Ibu,..teruknya sakit yg ibu alami. Mungkin sakit melahirkan kami semua pun ibu masih rasa akn kesakitannya,ditambah pula dgn sakit yg ibu alami...Ya Allah,tempatkanlah arwah ibu dlm kalangan org yg beriman dan bertaqwa. Aaminn...

Ayah
Nama : Jamaludin B. Busu
Umur : 66 thn
Tarikh lahir : 26 Disember 1947
**ayah.... Setia menemani ibu sewaktu terlantar di hospital.
Dia terlalu sygkn arwah ibu,..aku tahu...ayah seorg yg setia dan aku akan berusaha utk menjadi anak yg setia kepada ayah pula. Aku xkn benarkn sesiapa menyakiti ayah. Ya Allah,bantulah hambaMu dlm mendapatkn keberkatan dlm hidup. Jadikan aku anak yg baik utk kedua ibu bapaku....

Aku
Nama : Nur Hanim Bt. Jamaludin
Umur : 21 thn
Tarikh lahir : 23 Januari 1991
**aku baru sahaja tamat kursus diploma dlm bidang kejururawatan di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur pd 13 Disember 2012 yg lalu.
Aku kini sedang menunggu slip peperiksaan dan lesen jururawat aku yg akn keluar dlm 2 mggu++ saja lg. Selepas drpd tu,aku akn mula menghantar resume ke beberapa buah hospital.
In shaa Allah,jika ada rezeki untuk aku...bermulalah kerjaya aku sbg seorg Registered Nurse a.k.a Staff Nurse Nur Hanim... :)
**walau apa pun yg akn terjd,aku xkn biarkn diri aku menjadi seorg yg lemah. Aku mesti tabah dan kuat mcm arwah ibu. IBU contoh terbaik buat aku sekrg ni...crying ??  never...!!!

"La Tahzan, Allah sentiasa ada utk kita :)""La Taghtar, Allah akan sentiasa menguji hambaIInya :)"
p/s :: ...semaikanlah perasaan kasih sayang antara kita semua...especially buat KELUARGA TERSAYANG <3  aku tiada teman yg lain lg selain korg semua......T_T

"syukur vs kufur..."


Sungguh tidak terhitung nikmat yg telah Allah s.w.t kurniakan kepada setiap hambaNya.
Namun,masih terdapat manusia yg tidak mahu bersyukur. Masih ego untuk mengucapkan syukur walau didtgkn musibah menimpa diri...

Kenapa wahai saudara? Kenapa sombong dgn Pencipta kita?

Ucapkanlah "Alhamdulillah,syukur..."
susah sgt ke utk kita mengucapkan itu drpd mulut kita semua? Susah ke?

**Aku didtgkan drpd sebuah keluarga yg sederhana. Namun,aku ni masih x sedar akan kesusahan ibu dgn ayah. Meminta-minta je tau...nk itu,nk ini...semua nk...
 Maklumlah,umur lingkungan remaja ni mmg suka memberontak. Klau x dpt,merajuk...tu je la yg aku tau.

Pastu,bila dah dpt apa yg diinginkn...tahu pulak rasa bersalah. Mengada-ngada betul aku ni...
Bila dah rasa bersalah,mulalah aku tenung muka ayah dgn ibu aku...berdosanya aku..mintak mcmII dgn mereka. Aku tahu mereka susah,tp memintaII lg..ishh..
~termenunglah sorgII~

**Pertengahan tahun 2012,aku dgn ibu berjln ke Kuantan. Pergi ke pantai...aku berjalan menuju ke arah gigi air...mataku meliar memandang ke arah laut yg terbentang luas tu...
Subhanallah,..luasnya bumi Allah. Aku lihat pula wajah ibu dr jauh...redup wajahnya memandang ke arah aku sambil tersenyum...Dalam hati aku berkata,"andai aku diberi pilihan untuk melihat keindahan,..aku mahu melihat keindahan pada wajah ibu yg tampil dgn senyuman.
Raut wajahnya tidak pernah jemu untuk aku tatap...aku bersyukur dikurniakn seorg ibu yg penuh dgn sifat penyayang dan lemah lembut terhadap anakII..."

Terima kasih Ya Rabb,..Engkau telah mengurniakan nikmat kepada aku,..NIKMAT SEBAGAI SEORG ANAK,NIKMAT MEMPUNYAI SEORG IBU,NIKMAT MEMPUNYAI SEORG AYAH,NIKMAT MEMPUNYAI SEBUAH KELUARGA....

Sungguh tidak terhitung nikmat yg telah Allah kurniakan...cuma kita sebagai hamba je yg sedar atau tidak sedar akan nikmat yg telah dikurniakan olehNya.


Allah Subhana Wa Ta’ala telah berfirman yang bermaksud : 


“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” 


“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” 
( Surah Ibrahim : Ayat 7 )

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” ( Surah an-Nahl : Ayat 78 )


Nikmat Allah s.w.t ::
  • Kemakmuran
  • Iman
  • Kemerdekaan
  • Keamanan
  • Kesempurnaan fizikal
  • Akal
  • Kesihatan
  • Islam
Cara bersyukur ::
  1. Hati - sentiasa mengingati Allah yg memberi nikmat.
  2. Lidah - ucapkan ketika mendapat nikmat.
  3. Anggota badan - gunakan nikmat untuk kebaikan.

"aku"


Assalamualaikum wrt. :)
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya,dapat sy kongsikn serba sedikit mngenai kehidupan realiti hidup "aku" sbg seorg hamba Allah...

Cerita mengenai "aku" ni bukanlah cerita yg ditokok tambah ataupun cerita yg palsu. Segala cerita yg ditulis disini adlh berdasarkn kehidupan sebenar "aku". Dalam blog ~Mengenai Hati~ ini juga sy akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi sebanyak mgkin kisah yg berkaitan dengan "aku". Bukanlah dengan niat hendak mengaibkan org lain mahupun menyindir. Bukan sama sekali mengenai hidup org lain,tetapi segalanya tentang  "AKU". Tapi, blog ~Mengenai Hati~ ini cuma ingin berkongsi dan menceritakan segalanya tentang pahit manis "aku" sepanjang perjalanan hidupnya. Namun tidaklah sehingga kisah mengenai hal peribadi "aku"...

Entah kenapa terdetik hati sy utk menulis kisah ttg "aku" ni...apapun pandangan anda ttg blog ~Mengenai Hati~ ni,sy terima dengan hati yg terbuka. Semoga kisah yg dikisahkn di dlm blog ini dapatlah kita semua mengambil iktibar dan berjuang untuk menjadi manusia yg baik dlm mendapatkn sesuatu yg terbaik dariNya.

Ahlan wasahlan,..

~semoga Allah meredhai hidup "aku",sy serta kalian~ aaminn... <3

" Allah Maha Besar "


"Hidup bagai dilambung ombak..."

...sejak ketiadaan arwah ibu,hidup aku bagai hilang punca. Mereka yg selama ini rapat dgn aku pun hilang entah ke mana. Mereka tinggalkan aku sendirian.

Saat ini aku benarII rasa kehilangan,tiada tmpt pergantungan...aku mula termenung,segala apa yg aku buat semua x kena.
**8 September 2012 - Sewaktu ibu dimasukkan ke hospital,aku sedang dlm perjalanan ke Melaka untuk menjalani praktikal di Hospital Alor Gajah,Melaka. Entah kenapa perasaan aku jadi x enak. Hati aku meronta-ronta utk pulang ke kampung pd saat tu juga. Tapi aku bersabar,..aku cuma mampu berdoa agar keadaan ibu baikII sahaja.

**9 September 2012 - Hari ni,aku segera berkemas utk pulang ke kampung. Aku dah x fikir apaII dah saat ni. Apa yg aku tahu,aku nak sampai ke kg...pedulilah dgn latihan praktikal aku. Walaupun aku tahu,aku berisiko tinggi untutk ditahan daripada mengambil final exam nnt. Namun,naluri sbg seorg ank lebih kuat utk ibu,bukn utk exam...biarpun exam itulah yg akan menentukan masa depan aku...

Lebih kurang dlm jam 5pm - sampai di hospital,aku segera berlari menaiki tangga utk mendapatkn ibu.
Aku masuk ke wad,cuba menahan tangisan.. Aku x mahu nmpk lemah dihadapan ibu. Aku cuba tahan air mata. Dan disana,aku lihat ibu,terbaring...dlm keadaan lumpuh separuh badan pd bahagian kiri. Ya Allah...

Aku dtg menghampirinya,senyum dan pgang tgn ibu. Aku cium tgnnya...saat tu,aku berdoa,"Ya Allah,tangan inilah yg memegang aku,yg mengendong aku,yg membelai aku,...sembuhkanlah penyakitnya,pindahkanlah sakitnya pada aku...jgnlah Engkau deritakan ibu dgn penyakit ini. Aku mohon...T_T"..

Sungguh aku x mampu lihat ibu dlm keadaan sebegitu,..aku x mampu menahan air mata ni. Aku segera berlari keluar,tinggalkan ibu...Di luar wad itulah aku menangis semahu-mahunya. Aku x menyangka ibu akn jd spt ni...sejujurnya aku x tahu penyakit apa yg ibu hadapi,..penyakit apa yg ibu sorokkn drpd Hanim?...

Aku x mahu pulang ke rumah. Aku bermlm di hospital,perasaan aku sememangnya tak enak...
Aku berjalanII di kaki lima hospital,mencari tmpat utk tidur. Aku biarkan kak long aku menemani ibu di atas.
Malam tu,aku rasa sayu...namun aku cuba kuatkn hati aku sendiri.

**10 September 2012 - Aku pergi melihat keadaan ibu pg tu,..ibu senyap je. Mata pun x buka. Ibu,..kenapa bu? Ibu sakit?...cakaplah ibu....anim nk dgr suara ibu...sikit pun xpe lah...ckp lah ibu...
Namun,tiada balasan....ibu hanya senyap.Saat tu,aku pgang tgn ibu,..dan ibu tarik tangan aku..dia bawa tangan aku ke perutnya..dia minta aku gosok perut dia. Ibu lapar,anim tahu. Tapi ibu x blh mkn,..ibu pakai tube pada hidung (nasogastric tube)..Doktor pun x bg ibu mkn..ibu dah x blh mkn mcm org normal. Ibu lumpuh,ibu x blh menguyah...

Hari tu,aku membersihkan tubuh ibu...menukar pakaian,lampin...aku gunakan segala ilmu yg aku pelajari,aku praktikkn pada ibu...aku lakukannya pada ibu aku sendiri...aku mahu ibu tahu,aku sgt menyayangi ibu.
Petang ni aku akn menemani ibu untuk menjalani CT scan. Doktor mengesyaki bahawa terdapat darah beku dlm otak...kali ni aku speechless...x mampu berbuat apaII. Hanya menunggu sahaja resultnya...
Dan Alhamdulillah,tiada drh beku dlm otak...namun,ibu masih memejamkn mata...aku hny mampu berdoa dan x putusII berdoa demi kesihatan ibu.

Hari semakin lewat malam,ibu masih x mahu membuka matanya. Apatah lagi mahu bersuara..ibu senyap je...
Seorg jururawat dtg untuk mengambil vital sign ibu. Aku perhatikan drpd jauh. Aku mengerling ke arah mesin tekanan darah (BP set). Ya Allah,tingginya tekanan darah ibu...200/96mmHg...
Aku menahan rasa sedih hati aku,...aku tahu...ibu sedang tenat...namun aku membisu,aku x tahu apa patut aku khbrkn pada ayah,pada abg,pada kakak,.....aku elakkn drpd berckp yg tdk sepatutnya. Aku yakinkn diri aku,aku sedapkn hati aku yg ibu xkn ada apaII. Segalanya,aku serahkn pd Allah s.w.t Yang Maha Besar.

Mlm ni aku terpksa pulang ke Melaka. Biarpun berat hati utk meninggalkn ibu yg terlantar di katil,aku terpaksa kembali semula ke tempat aku menjalani praktikal...aku serahkn segalanya pd Allah. Dia yg menentukan segalanya...

12midnight - aku sampai ke Melaka. Berat hati utk menjalani praktikal esok....!!!

**11 September 2012 - tepat jam 5.20am,ayah telefon. Aku dpt mengagak..namun aku cuma  diam,menunggu apa yg ayah cuba smpaikan..."Innalillahiwainnailaihirojiun,..drpdNya kita dtg,kepadaNya jua kita kembali..."
JAMILAH BINTI MOHD NOR,nama ibuku telah gugur dr pohon...ibu telah kembali kerahmatullah.
Titisan demi titisan menemani aku sepanjang perjalanan pulang ke kg. Hibanya rasa ht...hebat dugaan Allah.
Namun,aku bersyukur kerana aku tahu..Allah mendgr permintaanku...bukanlah aku mahu ibu cpt pergi  meninggalkn kami semua,tp aku x mahu lihat ibu menderita...jika Allah mahu ambil nyawa ibu,ambillah segera...jgnlah dipanjangkn penderitaannya.  Kerana aku x sanggup lihat keadaan dia...maafkn Hanim kerana mendoakan sebegitu,tp....,HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI...

DOA UNTUK IBU ::


Ya Allah Ya Tuhanku...
Ampunillah dosa-dosa ibuku
Dan rahmatilah dia
Sejahterakanlah dia dan kasihanilah dia

Muliakanlah pemergiannya
Lapangkanlah kuburnya
Dan mandikanlah ia dengan air salji yang dingin
Bersihkanlah dosa-dosanya seperti mana hilangnya kotoran dari baju yang kotor

Gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik dari rumah yang dulu
Keluarga yang lebih baik dari keluarganya yang dulu
Pasangan yang lebih baik dari pasangannya yang dulu

Jadikanlah kuburnya seperti taman yang ada di dalam Syurga
Dan janganlah jadikan kuburnya lubang dari lubang neraka

Jauhkanlah dia dari seksa kubur serta fitnahnya
Dan juga azab api neraka

Amin...

" Bumi sentiasa berputar..."