Thursday 10 January 2013

" Allah Maha Besar "


"Hidup bagai dilambung ombak..."

...sejak ketiadaan arwah ibu,hidup aku bagai hilang punca. Mereka yg selama ini rapat dgn aku pun hilang entah ke mana. Mereka tinggalkan aku sendirian.

Saat ini aku benarII rasa kehilangan,tiada tmpt pergantungan...aku mula termenung,segala apa yg aku buat semua x kena.
**8 September 2012 - Sewaktu ibu dimasukkan ke hospital,aku sedang dlm perjalanan ke Melaka untuk menjalani praktikal di Hospital Alor Gajah,Melaka. Entah kenapa perasaan aku jadi x enak. Hati aku meronta-ronta utk pulang ke kampung pd saat tu juga. Tapi aku bersabar,..aku cuma mampu berdoa agar keadaan ibu baikII sahaja.

**9 September 2012 - Hari ni,aku segera berkemas utk pulang ke kampung. Aku dah x fikir apaII dah saat ni. Apa yg aku tahu,aku nak sampai ke kg...pedulilah dgn latihan praktikal aku. Walaupun aku tahu,aku berisiko tinggi untutk ditahan daripada mengambil final exam nnt. Namun,naluri sbg seorg ank lebih kuat utk ibu,bukn utk exam...biarpun exam itulah yg akan menentukan masa depan aku...

Lebih kurang dlm jam 5pm - sampai di hospital,aku segera berlari menaiki tangga utk mendapatkn ibu.
Aku masuk ke wad,cuba menahan tangisan.. Aku x mahu nmpk lemah dihadapan ibu. Aku cuba tahan air mata. Dan disana,aku lihat ibu,terbaring...dlm keadaan lumpuh separuh badan pd bahagian kiri. Ya Allah...

Aku dtg menghampirinya,senyum dan pgang tgn ibu. Aku cium tgnnya...saat tu,aku berdoa,"Ya Allah,tangan inilah yg memegang aku,yg mengendong aku,yg membelai aku,...sembuhkanlah penyakitnya,pindahkanlah sakitnya pada aku...jgnlah Engkau deritakan ibu dgn penyakit ini. Aku mohon...T_T"..

Sungguh aku x mampu lihat ibu dlm keadaan sebegitu,..aku x mampu menahan air mata ni. Aku segera berlari keluar,tinggalkan ibu...Di luar wad itulah aku menangis semahu-mahunya. Aku x menyangka ibu akn jd spt ni...sejujurnya aku x tahu penyakit apa yg ibu hadapi,..penyakit apa yg ibu sorokkn drpd Hanim?...

Aku x mahu pulang ke rumah. Aku bermlm di hospital,perasaan aku sememangnya tak enak...
Aku berjalanII di kaki lima hospital,mencari tmpat utk tidur. Aku biarkan kak long aku menemani ibu di atas.
Malam tu,aku rasa sayu...namun aku cuba kuatkn hati aku sendiri.

**10 September 2012 - Aku pergi melihat keadaan ibu pg tu,..ibu senyap je. Mata pun x buka. Ibu,..kenapa bu? Ibu sakit?...cakaplah ibu....anim nk dgr suara ibu...sikit pun xpe lah...ckp lah ibu...
Namun,tiada balasan....ibu hanya senyap.Saat tu,aku pgang tgn ibu,..dan ibu tarik tangan aku..dia bawa tangan aku ke perutnya..dia minta aku gosok perut dia. Ibu lapar,anim tahu. Tapi ibu x blh mkn,..ibu pakai tube pada hidung (nasogastric tube)..Doktor pun x bg ibu mkn..ibu dah x blh mkn mcm org normal. Ibu lumpuh,ibu x blh menguyah...

Hari tu,aku membersihkan tubuh ibu...menukar pakaian,lampin...aku gunakan segala ilmu yg aku pelajari,aku praktikkn pada ibu...aku lakukannya pada ibu aku sendiri...aku mahu ibu tahu,aku sgt menyayangi ibu.
Petang ni aku akn menemani ibu untuk menjalani CT scan. Doktor mengesyaki bahawa terdapat darah beku dlm otak...kali ni aku speechless...x mampu berbuat apaII. Hanya menunggu sahaja resultnya...
Dan Alhamdulillah,tiada drh beku dlm otak...namun,ibu masih memejamkn mata...aku hny mampu berdoa dan x putusII berdoa demi kesihatan ibu.

Hari semakin lewat malam,ibu masih x mahu membuka matanya. Apatah lagi mahu bersuara..ibu senyap je...
Seorg jururawat dtg untuk mengambil vital sign ibu. Aku perhatikan drpd jauh. Aku mengerling ke arah mesin tekanan darah (BP set). Ya Allah,tingginya tekanan darah ibu...200/96mmHg...
Aku menahan rasa sedih hati aku,...aku tahu...ibu sedang tenat...namun aku membisu,aku x tahu apa patut aku khbrkn pada ayah,pada abg,pada kakak,.....aku elakkn drpd berckp yg tdk sepatutnya. Aku yakinkn diri aku,aku sedapkn hati aku yg ibu xkn ada apaII. Segalanya,aku serahkn pd Allah s.w.t Yang Maha Besar.

Mlm ni aku terpksa pulang ke Melaka. Biarpun berat hati utk meninggalkn ibu yg terlantar di katil,aku terpaksa kembali semula ke tempat aku menjalani praktikal...aku serahkn segalanya pd Allah. Dia yg menentukan segalanya...

12midnight - aku sampai ke Melaka. Berat hati utk menjalani praktikal esok....!!!

**11 September 2012 - tepat jam 5.20am,ayah telefon. Aku dpt mengagak..namun aku cuma  diam,menunggu apa yg ayah cuba smpaikan..."Innalillahiwainnailaihirojiun,..drpdNya kita dtg,kepadaNya jua kita kembali..."
JAMILAH BINTI MOHD NOR,nama ibuku telah gugur dr pohon...ibu telah kembali kerahmatullah.
Titisan demi titisan menemani aku sepanjang perjalanan pulang ke kg. Hibanya rasa ht...hebat dugaan Allah.
Namun,aku bersyukur kerana aku tahu..Allah mendgr permintaanku...bukanlah aku mahu ibu cpt pergi  meninggalkn kami semua,tp aku x mahu lihat ibu menderita...jika Allah mahu ambil nyawa ibu,ambillah segera...jgnlah dipanjangkn penderitaannya.  Kerana aku x sanggup lihat keadaan dia...maafkn Hanim kerana mendoakan sebegitu,tp....,HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI...

DOA UNTUK IBU ::


Ya Allah Ya Tuhanku...
Ampunillah dosa-dosa ibuku
Dan rahmatilah dia
Sejahterakanlah dia dan kasihanilah dia

Muliakanlah pemergiannya
Lapangkanlah kuburnya
Dan mandikanlah ia dengan air salji yang dingin
Bersihkanlah dosa-dosanya seperti mana hilangnya kotoran dari baju yang kotor

Gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik dari rumah yang dulu
Keluarga yang lebih baik dari keluarganya yang dulu
Pasangan yang lebih baik dari pasangannya yang dulu

Jadikanlah kuburnya seperti taman yang ada di dalam Syurga
Dan janganlah jadikan kuburnya lubang dari lubang neraka

Jauhkanlah dia dari seksa kubur serta fitnahnya
Dan juga azab api neraka

Amin...

No comments: