Friday 11 January 2013

"Luqman Al-Hakim"



"Info Islam..."
Latar belakang LUQMAN AL-HAKIM ::

Luqman Al-Hakim ialah seorang hamba yg bekerja sbg tukang kayu. Beliau dikurniakan Allah SWT kecerdasan akal dan kebijaksaan. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa beliau hidup pada zaman Nabi Daud AS. Beliau digelar 'Al-Hakim' kerana kataII hikmat beliau dan kisahnya yang menjadi pengajaran kepada umat manusia.

  • seorang yg soleh dan bertaqwa.
  • nama tercatat di dalam al-Quran.
  • seorg yg perihatin :
    - mendidik anaknya supaya hidup berlandaskn syariat Allah SWT.



    **Antara nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya ;

    1. Wahai anakku, bergaullah dengan orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hati mu dan dengarkanlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami hujan.

    2. Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan sebuah kapal yang belayar di lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, maka belayarlah dengan kapal yang bernama ‘taqwa’, isinya ialah ‘iman‘ dan layarnya adalah ‘tawakkal kepada Allah’.

    3. Wahai anakku, jika kamu mempunyai dua undangan majlis, iaitu majlis takziah kematian atau majlis perkahwinan, maka utamakanlah majlis kematian, kerana ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada keseronokan duniawi sahaja.

    4. Wahai anakku, janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis janganlah terus meludah sahaja apa yang kamu rasa pahit, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kelemahan.

    5. Wahai anakku, janganlah kamu makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.


    SELAMAT BERAMAL :)

No comments: