Thursday 10 January 2013

"syukur vs kufur..."


Sungguh tidak terhitung nikmat yg telah Allah s.w.t kurniakan kepada setiap hambaNya.
Namun,masih terdapat manusia yg tidak mahu bersyukur. Masih ego untuk mengucapkan syukur walau didtgkn musibah menimpa diri...

Kenapa wahai saudara? Kenapa sombong dgn Pencipta kita?

Ucapkanlah "Alhamdulillah,syukur..."
susah sgt ke utk kita mengucapkan itu drpd mulut kita semua? Susah ke?

**Aku didtgkan drpd sebuah keluarga yg sederhana. Namun,aku ni masih x sedar akan kesusahan ibu dgn ayah. Meminta-minta je tau...nk itu,nk ini...semua nk...
 Maklumlah,umur lingkungan remaja ni mmg suka memberontak. Klau x dpt,merajuk...tu je la yg aku tau.

Pastu,bila dah dpt apa yg diinginkn...tahu pulak rasa bersalah. Mengada-ngada betul aku ni...
Bila dah rasa bersalah,mulalah aku tenung muka ayah dgn ibu aku...berdosanya aku..mintak mcmII dgn mereka. Aku tahu mereka susah,tp memintaII lg..ishh..
~termenunglah sorgII~

**Pertengahan tahun 2012,aku dgn ibu berjln ke Kuantan. Pergi ke pantai...aku berjalan menuju ke arah gigi air...mataku meliar memandang ke arah laut yg terbentang luas tu...
Subhanallah,..luasnya bumi Allah. Aku lihat pula wajah ibu dr jauh...redup wajahnya memandang ke arah aku sambil tersenyum...Dalam hati aku berkata,"andai aku diberi pilihan untuk melihat keindahan,..aku mahu melihat keindahan pada wajah ibu yg tampil dgn senyuman.
Raut wajahnya tidak pernah jemu untuk aku tatap...aku bersyukur dikurniakn seorg ibu yg penuh dgn sifat penyayang dan lemah lembut terhadap anakII..."

Terima kasih Ya Rabb,..Engkau telah mengurniakan nikmat kepada aku,..NIKMAT SEBAGAI SEORG ANAK,NIKMAT MEMPUNYAI SEORG IBU,NIKMAT MEMPUNYAI SEORG AYAH,NIKMAT MEMPUNYAI SEBUAH KELUARGA....

Sungguh tidak terhitung nikmat yg telah Allah kurniakan...cuma kita sebagai hamba je yg sedar atau tidak sedar akan nikmat yg telah dikurniakan olehNya.


Allah Subhana Wa Ta’ala telah berfirman yang bermaksud : 


“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” 


“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” 
( Surah Ibrahim : Ayat 7 )

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” ( Surah an-Nahl : Ayat 78 )


Nikmat Allah s.w.t ::
  • Kemakmuran
  • Iman
  • Kemerdekaan
  • Keamanan
  • Kesempurnaan fizikal
  • Akal
  • Kesihatan
  • Islam
Cara bersyukur ::
  1. Hati - sentiasa mengingati Allah yg memberi nikmat.
  2. Lidah - ucapkan ketika mendapat nikmat.
  3. Anggota badan - gunakan nikmat untuk kebaikan.

No comments: